Friday, March 25, 2016

Tentang Budaya Arab

Abaya

"Jangan cuba mengamalkan budaya Arab." Di antara tajuk pertama yang menjadi "Hot" dalam social media dan suratkhabar, ia menjadi begitu hangat di kalangan masyarakat Non Muslim dan Muslim.

Pertanyaan saya adalah, budaya Arab yang mana satu pula? Mengikut kefahaman saya, sebelum Islam diturunkan pada 609 tahun masihi, Budaya Arab adalah berada dalam berbagai kemelutan seperti minuman arak berleluasa, minum darah unta ketika bermusafir di padang pasir dan tiada bekalan air, lelaki boleh berkahwin lebih daripada 4 orang isteri, perempuan dijadikan sebagai "barang dagangan" yang boleh jual beli ataupun anak perempuan sendiri dihadiahkan demi kepentingan perniagaan dan kuasa, penarian Belly Dance yang cukup sexy di khalayak ramai, hak wanita seperti pengagihan harta dan nafkah tidak terpelihara, peperangan dan pembunuhan sentiasa berlaku kerana orang arab paling terkenal dengan kemahiran dalam berperang.. Bukan itu sahaja, sebelum Nabi Muhammad diwahyukan ayat-ayat al-Qur'an, terdapat banyak berhala-berhala yang mengeliling Ka'bah, semua orang arab menyembah berhala biarpun mulut mengatakan nama "Allah" sebagai tuhan..

Adakah itu "Budaya Arab" yang dimaksudkan? A.K.A. Pre-Islamic Arabia.. Ohh bukan, maksudnya pakaian niqab, perbualan dalam arabic dan pakaian Abaya, orang lelaki simpan janggut nampak selekeh giler.. Tak macam hollywood actors semua licin dagunya.

Dari situ kita boleh faham perkataan "Budaya Arab" adalah amat subjektif, ia boleh disalahtafsirkan sebagai "Suruhan Islam", padahal Islam hanya menekankan bahawa apakah itu "al-hadd" (batasan) dan bukannya budaya semata-mata.

Contohnya seperti pakaian wanita, biarpun jubah, Abaya, baju kurung, Nursing Jubah ataupun long dress, selagi ia menutup aurat dan longgar, maka ia dianggap sebagai mematuhi al-hadd dalam Islam. Ia tidak dapat digolongkan sebagai kategori budaya semata-mata.


Lelaki menyimpan janggut mencukur misai pun bukannya dikira sebagai budaya menyerupai orang Arab.. sebalik ia adalah merujuk kepada hadis Nabi supaya tidak menimbulkan fitnah bahawa orang Islam terikut-ikut dengan Yahudi dan Nasrani :

Dari Abi Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, janganlah kamu meniru (menyerupai) Yahudi dan Nasrani. H/R Ahmad.

Islam bukannya agama yang menekankan budaya Arab semata-mata, sebaliknya ia merupakan Agama Universal yang mudah untuk dipraktikkan. Buktinya adalah Muslim tidak disuruh untuk memakai pakaian mengikuti corak tertentu ataupun melakukan festival budaya tanpa menyemak asal usulnya, sebaliknya seluruh komuniti Muslim boleh mengekalkan budaya masing-masing sekiranya ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Ketahuilah.. Orang Arab sendiri telah mengalami perubahan BUDAYA ARAB yang sungguh drastik pada sebelum dan selepas kedatangan Islam sekitar 600 tahun masihi.. Pembunuhan nyawa yang tidak berdosa seperti kanak-kanak, orang tua diharamkan, termasuklah tidak boleh merosakkan kawasan pertanian, pokok-pokok dan meruntuhkan rumah beribadat selain Islam semasa peperangan! Pernikahan yang tanpa mengira had isteri2 telah dikurangkan sehingga 4 orang ataupun kurang daripada itu, pemakaian seksi dan mendedah aurat dihapuskan demi menjaga kesucian dan darjat wanita, berhala-berhala sekelilingi ka'bah yang sekian lama disembah telahpun dihancurkan oleh Rasulullah s.a.w. demi menegakkan Keesaan Allah S.W.T.


Maka budaya Arab manakah yang kita sedang pertikaikan sekarang ni?

3 comments:


  1. http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/03/24/dr-asri-nothing-wrong-arabic-culture/

    ReplyDelete
  2. tapi aku suka jubah arab Haramain dgn Drosh klu nak banding yg buat kat malaysia yg ketat dan tampong kaler sana sini nak sujud pon tak selesa.

    ReplyDelete
  3. Budaya Arab. I was wondering if it refers to shisha. :)

    On a serious note, certain Arab culture (like any other culture) has long been assimilated in our daily lives. Take the good, leave out the bad.

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...