Thursday, June 16, 2011

Adat Istiadat Dalam Islam


After writtent the Chopstick issue, apparently  most of us started to question about Sunnah Nabi that mentioned eating with hand. Between hand and spoon which one is better? Do Islam asked us to abandon every races tradition that not against syariat Islam? 

Islam is not wipe away tradition that bring no syirik or against syariat. However I am just a new learner and can't explain more than that. Searched internet everywhere also still not found any trusted website about Hukum Sunnah. So I was take my time to type out one article from my book Falsafah Perundangan Islam. Hope it helps to reader. 

This small part article is still not enough to explain the whole image about Hukum Islam, but as for explain Adat Istiadat I think it is merely enough. 

2. Pengaruh adat dalam syariah islam   (Pg. 226)

Bangsa arab sebelum Islam merupakan masyarakat yang selalu menjadikan kebiasaan dan adat-istiadat sebagai dasar bagi seluruh kehidupan mereka, mencakupi agama, nilai-nilai akhlak, kecenderungan, transaksi, mahupun berbagai macam perbuatan. Namun sepanjang yang kami ketahui, sistem mereka tersebut tidak pernah disusun atau dihimpun sebagai hukum bertulis.

Setelah kedatangan Islam, adat-istiadat digantikan oleh nas-nas yang ada dalam al-Quran dan hadis sebagai dasar penetapan aturan hukum, sehingga mengurangi pengaruh adat-istiadat. Adat memang tidak dianggap lagi sebagai dalil khas dari hukum Islam oleh pakar para usul fiqh, namun adat-istiadat lama (pra-Islam) tetap memiliki pengaruh dalam formulasi hukum Islam dengan berbagai cara dan formulasi hukum, di antaranya yang terpenting adalah sebagai berikut :

Pertama, banyak nas, terutama hadis yang menggunakan adat kebiasaan sebagai dasar pijakan. Hal ini terlihat pada contoh yang telah kita sebut sebelum ini berkaitan dengan gandum atau tepung yang diukur dengan system takaran mengikuti adat kebiasaan yang berlaku kala itu, bukan dengan system timbangan. Dan jika hukum didasarkan pada adat kebiasaan, maka sudah sewajarnya jika dalam mentafsirkan dan memahaminya pun haru merujuk pada landasannya semula, iaitu adat kebiasaan. Contoh pengaruh adat pra-Islam yang lain dalam hukum Islam terlihat pada ketentuan pembayaran diyat pembunuhan yang dikenakan kepada ‘aqilah (kabilah pelaku pembunuhan)

Kedua, banyak Sunnah taqririyyah (ketetapan Nabi) yang diambil dari adat istiadat Arab pra-Islam yang dianggap baik. Apa yang pasti, banyak adat-istiadat Arab pra-Islam yang “didiamkan oleh Nabi” (Tanpa menyuruh mahupun melarangnya), yang kemudian diterima sebagai kebiasaan Islam berdasarkan sunnah Nabi.

Ketiga, telah kita sebut di awal-awal perbahasan buku ini bagaimana pendapat Imam Malik mengenai kebiasaan yang dipratikkan oleh penduduk Madinah yang dianggapnya sebagai ijma’ (kesepakatan) dan lebih lanjut sebagai sumber hukum Islam dalam hal-hal yang tidak ada ketetapan nas-nya. Tidak diragukan lagi bahawa amalan yang dilakukan penduduk Madinah sebahagian besar berlandaskan pada adat kebiasaan, sama ada lama mahupun baru, yang berlaku secara meluas di kota perdagangan (commercial city) ini.

Keempat, ketika kebiasaan baru muncul kerana desakan keperluan, atau ketika bangsar Arab yang melakukan berbagai penaklukan (ke luar Jazirah Arab) menemui adat istiadat dan kebiasaan baru yang belum pernah mereka kenali sebelumnya, sementara tidak ada aturan nas dalam al-Quran mahupun Sunnah yang melarang kebiasaan tersebut, maka kebiasaan tersebut boleh diterima dan dimasukkan dalam hukum atau undang-undang hukum Islam, sama ada dengan mekanisme ijma’ para mujtahid ataupun dengan menggunakan mekanisme sumber-sumber hukum lain di luar keempat sumber hukum Islam yang asas, misalnya istihsan dan istishab. Masalah ini bersama prinsip-prinsip perubahan Undang-undang, berikut kontroversi-kontroversinya, dan masalah tidak mungkinnya perubahan nas, serta nilai penting adat-Istiadat telah kita ulas secara jelas dalam pasal-pasal perbahasan sebelumnya.

3 comments:

  1. Aku sebenar tak kisah kita nak teruskan tradisi apa pun asalkan tidak menyalahi hukum tapi jika ada sunnah Nabi yang boleh kita ikut rasanya wajarlah di ikut jika kita mampu. Contoh jika mempunyai janggut itu sunnah Nabi jadi mana yang rasanya mampu, silakankan. Aku sendiri pun tidak biasa menyimpan janggut. Tak menyimpan janggut bukan pulak bermakna aku memperlekehkan sunnah Nabi. Sebesar KUMAN pun aku tidak akan melekehkan sunnah Nabi walaupun ada yang membayar sejuta RM sekalipun, InsyaALLAH aku takkan melakukannya....
    Cuma aku dulu bawakan hadis Nabi tu supaya kita faham mana yang lebih baik SUNNAH atau ADAT. Aku sendiri pun semasa menikah syarat yang aku kenakan pada pihak isteri salah satunya ialah jangan ada persandingan kerana itu adat yang haram....kerana bersanding akan mempertontonkan diri kepada bukan muhrim dan sebagainya...

    ReplyDelete
  2. Studioukm:

    Benar encik..
    Semestinya Sunnah adalah lebih baik daripada adat, muslim yang rajin mengaji ilmu Islam memahami Islam itu tidak mematikan adat tetapi sekiranya ia membawa unsur syirik maka lebih baik dielakkan.

    Cuma kadang kala apabila orang bertanya kenapa Islam menghapuskan adat masyarakat sesuatu kaum/bangsa, maka penjelasan kedudukan Sunnah juga perlu dijelaskan.

    Masih banyak sangat lagi perkara yang saya kurang memahami dalam hal Islam, juga berterima kasih kepada encik kerana memberikan teguran yang baik dan ilmiah.

    ReplyDelete
  3. Seperti merenjis dalam majlis perkahwinan juga membawa unsur keagamaan selain Islam, semasa perkahwinan kami tidak mengamalkan adat merenjis itu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...