Monday, April 22, 2019

Aib Orang Aib Kita


"Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat”
(Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi)

Maaf cakap, bila saya buka FB baru2 ni.. Boleh kata 70% adalah mengenai aib orang atau paling dahsyat adalah aib tuan badan sendiri. FB seumpama jadi luahan segala aib yang ada..

Dari viralnya ustaz ceraikan isteri sebab nak kahwin dengan janda.. kariah Masjid hentam NGO, pihak masyarakat kritik pihak berkuasa kononnya tak mahir menjalankan tugas demi kepentingan peribadi.. sampailah hal rumahtangga pun siap upload gambar2 "orang ketiga", segala whatsapp message dan muka bekas suami sendiri.

Kami netizen bila dapat baca bab2 aib ni, tahu makan popcorn dengan buat fingers exercise je la.. Taip komen kritik sesuka hati tanpa mengetahui cerita sebenar langsung. Nak tahu macam mana sebab netizen memang orang luar daripada segala isu rumahtangga orang.

Kecoh macam mana pun keadaan di antara dua pihak, pasti ada pendamaian suatu hari jua.. Bayangkan bila keadaan dah makin cool, masing2 nak move on dah tapi aib masih tersebar jauh kat internet. Netizen siap printscreen, media buat tajuk sensasi utk dapat untung Ads, biar tuan badan tutup FB account sekalipun.. Aib yang tersebar sendiri dah tak boleh tarik balik. Tiada sesiapapun mampu padam segala cerita yang dah viral..

Sebab tu Islam suruh jaga aib orang, termasuklah aib diri sendiri.. Manusia hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai maruah dan imej, sakit hati mcm mana pun pergilah tumbuk dinding ke, buat solat tahajjud atau tulis diary ke.. Jangan sesekali tuliskan segala aib dalam social media.

Sakit hati macam mana pun, simpan jalan keluar untuk diri sendiri daripada segala keadaan.. Supaya kita dapat mencari penyelesaian dan pendamaian suatu hari jua. Bila rasa runsing dan helpless.. Carilah jawapan daripada al-Quran, hadis sahih.. Islam sebagai panduan kehidupan dalam segala penyelesaian biarkan bagaimana zaman berubah.. Bukannya cari jawapan daripada tentera bawang al-netizen.


Bila hati rasa geram, tutup la hp dan hentikan segala social media sementara.. Doakan Allah agar memudahkan segala urusan dan berikan jalan keluar.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...