Monday, April 22, 2019

Tahu Tahu Tak Tahu


Masa sebelum kenali Islam, saya tak berani menghina mana2 agama termasuklah Islam kerana saya "tidak tahu". Saya langsung tiada ilmu mengenai sejarah Nabi dan Tuhan dalam Islam masa itu.. Jadi kenapa saya ingin menghina atas benda yang sendiri tidak tahu langsung.

Bila buka fb pada zaman sekarang, nampak seseorang "makcik professional" yang cuba mempersendakan Islam seolah2nya "semua tahu", padahal nampaknya cara penulisan lebih kepada mengejek segolongan manusia yang tidak pernah sempurna, sehinggalah cuba kaitan manusia yang serba kurang ini dengan darjat Nabi.

Adakah itu buat2 tak tahu ataupun memang tak nak tahu tentang kebenaran Islam?

Jangan samakan Nabi, utusan terakhir dengan manusia selepas wafatnya baginda.. Jangan sekali. Memang tiada lagi manusia yang diberikan wahyu Quran selepas ini, dalam kalimah syahadah semasa bersolat berkali2 mengucapnya.. Semestinya manusia zaman sekarang pasti ada kekurangan dan kelemahan, sehingga Allah menjadikan Nabi-nabi menjadi teladan kepada seluruh dunia.. Kerana manusia sering terlupa dengan peringatan Allah.


Semoga Allah melindungi keimanan kita dan jauhkan segala fitnah daripada Islam.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...