Wednesday, December 23, 2020

Hidayah

Saya dengar daripada seorang kawan melayu ni cerita kisah sahabatnya yang dah lama ingin tahu tentang Islam, malah dia selalu menonton youtube dah membaca serba sikit artikel mengenai Islam.. Tapi bila tanya dia nak masuk Islam tak? Dia geleng kepala.

"Kamu takkan faham punya, masuk Islam seumpama jadi pengkhianat pada keluarga saya."
"Family takkan terima"
"You bercakap something yang tak nampak"
"U seorang di dunia yg ramai ni...u hilang semua org yg u sayangi"
"Ini bukn soal family jer tau...seluruh keturunan dan saudara mara akn cakap selamanya"

Benda mcm ni saya lebih kurang pernah lalui, jadi saya amat faham apakah yang cuba diceritakan oleh sahabat chinese ini.. Masuk Islam bukanlah suatu perkara yang mudah, ia bukannya seperti bertukar model kereta sesuka hati.. Ataupun memilih baju kesukaan kita.

Islam adalah satu2 agama yang orang takkan berani memikir tentangnya.. Tak kiralah tukar kepada apa2 agama ataupun kepercayaan sekalipun. "Islam" sering menjadi pantang larang non muslim dalam menyebutnya.

Kerana Islam amat tegas pada isu halal haram. Yang haram tetap haram mengambilnya, tak kiralah ia mcm mana disukai oleh masyarakat dan telahpun menjadi sebahagian budaya penting.. Tetap perlu tinggalkannya tanpa teragak2. Ia termasuklah tidak menyembah kepada selain Allah SWT.. tidak menjudi, minum arak.. Yang mana telahpun menjadi gaya hidup seseorang non muslim yang tersangat normal baginya. 

Beza di antara orang yang tidak berani melompat ke hadapan dengan orang yang sanggup mengucap kalimah syahadah adalah "hati". 

Ya.. Kita semua dikurniakan "akal" untuk memikir, belajar tentang apakah itu Islam.. Siapakah Allah SWT. Tapi hendak menjadi seorang Muslim perlu memiliki hati yang kukuh dan kuat menyatakan "saya beriman". 

Ada satu point sebenarnya saya tertarik dengan sahabat beliau:
"U berikn I harapan, tapi hanya kepercayaan, ketaksuban , sesuatu yg x nampak..akhirat adalah dunia yg mana kita percaya saje" 

Percaya? Taksub? 

Ya.. Kalau merujuk kepada agama secara umum, mereka suruh penganut "percaya" saja. Tak payah tanya banyak2, percaya je.. Blind belief. Tak kiralah agama yang terpesong sekalipun, modalnya cuma ketua agama suruh orang percaya! Aku cakap ada tu ada! Jangan tanya lebih! 

Islam sebaliknya mencabar kita untuk memikir. Apakah kita dapat membina ayat yang setanding dengan kalimah Allah? Adakah kita boleh melawan fitrah untuk tidak memikirkan siapakah Tuhan sebenarnya? Sebaliknya Islam banyak mengajak kita untuk terus berfikir dan mencari jawapan.. Tak pernah pun Islam suruh kita percayakan benda mengarut. 

Seseorang boleh dapat hidayah masuk Islam ataupun tidak.. Kita hanya boleh cuba terangkan seberapa banyak yang mampu.. Hakikatnya adakah hatinya dah mula beriman dengan Allah SWT? Itu adalah soal hati seseorang hamba bersama Pencipta yang Maha Esa.


Tiada seorang manusia pun mampu masuk campur urusan Allah dalam bab hidayah.

1 comment:

  1. There are many website where you can download Books . But Best Urdu Books website is one of Best Website for urdu Books And islamic Books in Urdu . you Can easily Download And Read Online.

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...