Tuesday, July 13, 2010

Apa nama adik?

Semalam saya pergi ke Klinik Kesihatan kerana badan tidak sihat, Doktor wanita melayu tanya saya:

"Apa nama adik?"
"Ikhwan." Saya Jawab.

"Hmmm.... (Doktor menelitikan slip butiran saya) Nama kamu Muhammad Ikhwan ye... "
"Ar Ah..."

"Hehe.. Saya ingat tersilap orang, sebab saya tengok muka kamu macam orang cina je ?"
"??.. !!.. ?!... *Sigh*"



Entah apa nak jawab..
(Dah memang saya bangsa cina.. )

7 comments:

  1. salam

    heeeeeeeeee
    jawab je lah,
    yup, saya cina muslim...
    kenapa?
    ada apa2 masalah ke tuan doktor?

    heheheheh

    ReplyDelete
  2. i thought if the doc asked "kamu ni muallaf eh" that would be much better haha...

    orang melayu pun there are a lot look like Chinese what... hehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. blueCity: huhuhu... saya hanya senyum je..

    Wong Chien Fui: I think doctor already thought i am malay with chinese face..

    Hajar: yes lo..

    ReplyDelete
  5. ASSALAMMUALAIKUM...
    Jangan malu mengaku Cina Muslim, saya orang Melayu, akan rasa sangat hormat kepada Muallaf sebab bukan mudah nak bersua dengan hidayah ALLAH. Kalau tak percaya di Malaysia ni ada berjuta orang China, tak ramai yang dapat hidayah bukan?.
    Saya pun ada mempunyai seorang kawan Muallaf yang sangat menjaga waktu solatnya serta amat aktif dalam aktiviti Surau di tempat dia tinggal. Kalau nak kenal dengan dia cuba contact hp dia FITRI CHIN 0136360648....

    ReplyDelete
  6. Itulah orang selalu kata " Malaysia Boleh" disebabkan kelemahan mentaliti sesetengah orang-orang Malaysia yang suka melihat sesuatu dari konteks yang sempit kerana mempunyai prepepsi orang-orang yang beragama Islam hanyalah terdiri dari golongan atau kaum yang tertentu walaupun kita sedia maklum bahawa agama tidak mengenali bangsa kerana ianya milik semua bangsa di dunia ini.

    Di samping itu apabila kita cuma memberi pandangan yang bernas dan baik untuk memajukan umat manusia ada pula sesetengah golongan yang menganggap diri mereke arif dalam agama begitu takut untuk memuji atau menyokongnya disebabkan mereka ini ingatkan mereka itu kebal dan adalah pandai dalam segala-galanya serta tidak boleh ditegur.

    Kelemahan golongan inilah yang akan merosakkan keupayaan generasi muda untuk maju ke hadapan disebabkan mentaliti mereka yang selalunya negatif dan seolah-olahnya menganggap mereka adalah terdiri daripada golongan yang 100 peratus sempurna.

    Di samping itu, terdapat juga golongan manusia yang hanya melihat tindakan mereka tanpa menegurnya disebabkan ianya terdiri dari kawan-kawan seperjuangan kerana tidak mahu menyakitkan hati kawan itu.

    Bagi diri saya, golongan yang tidak berani menegurnya sebenarnya akan menjadikan kawan mereka yang seolah-olah serba sempurna akan menuju ke jalan yang salah dan tidak akan mencapai kemajuan.

    Cubalah renung-renungkan pandangan saya....

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...