Thursday, July 15, 2010

Masuk Islam kerana cinta? sihir?

Januari 2010 telah berlaku kes Agama yang amat mengemparkan masyarakat Cina.
Lim Xiao Wei (20, Kerani) hilang diri sejak 3hb Jan, akhirnya dijumpai di Pusat Bimbingan Islam Kedah pada 10hb Jan. Saya hanya menceritakan berita dengan sepintas lalu.

Lim Xiao Wei (Kiri) enggan balik rumah, ibunya (tiga dari kanan) berasa sungguh sedih.


Lim Xiao Wei dibawa balik oleh keluarga dari Pusat Bimbingan Islam Saudara Baru.

Lelaki melayu (duda) yang dipercayai membawa lari Lim Xiao Wei.

Lim Xiao Wei bersembahyang di hadapan Buddha untuk menunjukkan bahawa dia masih penganut Agama Buddha yang setia, gambar ditangkap selepas beberapa hari dia dibawa balik oleh keluarga. (Gambar ini juga dihantar ke Pusat Bimbingan Saudara Baru demi menjelaskan status agamanya)


Sebenarnya saya tidak hairan jika Lim Xiao Wei buta cinta, sanggup melarikan diri dari rumah dengan teman lelakinya. Tetapi apa yang sungguh memeranjatkan saya ialah dia memberitahu Surat Khabar berikut :

Lim Xiao Wei kata sebelum dia dijumpai oleh keluarga, dia tidak sedar apa yang telah berlaku. Seolah-olahnya minda dia telah dikawal. (Disihir) Selepas dirawat, dia telah kembali sedar dan dia mengaku masih penganut Buddhism yang setia.


Peristiwa ini telah memberi impak yang sangat besar kepada masyarakat Cina. Islam telah dituduh sebagai agama sihir, sehingga Lim Xiao Wei telah masuk Islam "tanpa kesedaran" oleh bantuan syaitan?

Firman Allah yang maksud-Nya: Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka (pelbagai tuduhan terhadap al-Quran). Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian) Kemudian dia merenung dan memikirkan (berkali-kali jalan-jalan untuk mencaci al Quran, tetapi ia gagal): Setelah itu dia memasamkan mukanya serta dia bertambah masam berkerut: Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong dan angkuh. Serta dia berkata: (al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya): "Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia".

(al-Muddaththir, ayat 18- 25)


Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam daripada wahyu Allah swt, Beliau juga dituduh oleh rakyat jahiliah sebagai Ahli Sihir. Nabi Musa juga menentang setiap ahli sihir yang berada di bawah naugan Kerajaan Mesir. Islam juga haramkan segala ajaran sihir yang meyesatkan...

"Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak; 4) makan harta riba; 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Bagaimanakah Islam yang telah mengharamkan Sihir, boleh dikatakan Lim Xiao Wei disihir untuk memeluk Islam??

Saya tidak mengenali Lim Xiao Wei secara persendirian, hanya boleh menyangka sebab dia memeluk islam ialah cinta buta dan tidak mengenali ajaran Islam. Mungkin dia memeluk Islam sehingga lari dari rumah adalah ingin memenuhi syarat perkahwinan di Malaysia semata-mata. Apabila kehilangan dia telah menjadi kecoh sehingga seluruh Malaysia mengetahui peristiwa ini, Agama Islam pula dituduh sebagai agama Sihir dan dia merupakan mangsa sihir yang tidak menyedar diri.



Disebabkan tuduhan keluarga Lim, seluruh Malaysia cina muslim terus dilabel sebagai "Disihir". Juga menunjukkan sejarah Nabi Muhammad s.a.w. bukan cerita yang direka-reka oleh manusia.


Rujukan :
http://www.chinapress.com.my/content_new.asp?dt=2010-01-14&sec=malaysia&art=0114mb74.txt

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/4015.html

5 comments:

  1. assalamualaikum...

    Saya pun sedih jugak bila tengok perkara mcm ni berlaku..sayang kan..Lim Xiao Wei tu yang mana? yang pakai tudung labuh tu ke? ish...hem..:(

    ReplyDelete
  2. wslm... ya, yang pakai tudung labuh tu.

    bagaimanapun, masuk islam dengan niat selain Allah swt akan menimbulkan berbagai salah faham, terutamanya muallaf sering tertimpa masalah keluarga dan kehidupan. Tanpa niat yang suci akan menyebabkan mereka meninggal Islam seterusnya menimbul fitnah

    ReplyDelete
  3. mencemar pandangan orang terhadap agama Islam. hmm

    ReplyDelete
  4. Kengkawan:
    Ya, yang aneh sekali berita ini tidak disiarkan dalam surat khabar BM...

    Fyz Feliz:
    Ya, ini merupakan fitnah yang besar

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...