Wednesday, July 28, 2010

Jawapan dari Perkim : Nama Islam

Saya pernah tanya Perkim tentang Nama Islam.. Saje kongsikan untuk semua.

Soalan:
Askum kepada ustaz.. Saya memiliki Nama Islam kerana saya menyukainya, tetapi bolehkah ustaz menjelaskan apakah Hukum dan Hikmahnya di sebalik mempunyai Nama Islam?

Jawapan:

Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh.....

Terima kasih kerana sudi bertanya...untuk pengetahuan saudari yang bertanya setiap manusia di atas muka bumi ini adalah asalnya dari Nabi Adam dan pasangannya hawa.Dan semuanya termasuk Adam dan Hawa merupakan makhluk ciptaan Allah S.W.T.Nama-nama dalam Islam adalah sangat indah dan mempunyai erti dari sudut spiritual dan fizikal serta diterima dari segi sosial kemanusiaan.Selain itu, nama-nama Islam itu mempunyai maksud tersendiri yang sangat indah dan baik kepada pemiliknya sendiri.Melalui nama tersebut juga mampu membentuk dan melambangkan keperibadian seseorang itu. Tiada salah untuk mempunyai nama Islam namun menjadi kesalahan andai digunakan sebagai tujuan penipuan.

Sekian,wassalam.. (ustaz Sayyid)

http://www.perkim.net.my

9 comments:

  1. salam bro,

    Saya sama sekali tidak setuju kalau ada orang Islam yang beranggapan menukar/menguna nama Islam itu dimestikan kepada yang memeluk Islam.
    Ini kerana para sahabat nabi s.a.w. semuanya tidak menukar/menguna nama Islam selepas memeluk Islam. Abu Bakar, Osman, Omar dan Ali adalah nama asal mereka. Nama bapa nabi juga bukan nama Islam tetapi orang Islam sekarang banyak yang menguna/memakai nama tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tapi Di Malaysia seberapa yang faham? Al Azab 5? Bangsa adalah Bangsa Dan agama adalah agama. Tidak ada seberapa selain menghina Dan memulaukan orang yang kekalkan nama apabila Dia Di Islam kan Di Malaysia

      Delete
  2. Wslm Mustakim...

    Ya, Bukan wajib untuk menukar nama Islam. Ramai orang yang ingin mendekati Islam telah teragak-agak apabila Nama yang dimiliki sejak kelahiran perlu ditukarkan. Ia juga menimbulkan berbagai persoalan seperti Identiti bangsa dan kebudayaan.

    Bagaimanapun, Ia masih tergantung kepada keadaan masyarakat.

    ReplyDelete
  3. Seperti Mahzab Empat, sebenarnya ia wujud atas suasana dan keadaan masyarakat. Mengenai Isu ini saya masih memerlukan info yang lebih banyak, Insya Allah saya akan terus berusha mencari fakta-fakta tentang nama Islam

    ReplyDelete
  4. tidak perlu tukar nama dan hukum dalam Islam kalau menukarkan nama bapa seseorang setelah masuk Islam adalah HARAM . ber BIN kan kepada Abdullah bukan ajaran Islam tetapi ia adalah budaya orang Melayu. Kita di Malaysia ini lebih mahu MEMELAYUKAN orang yang baru masuk Islam dan Bukannya mahu MENGISLAMKAN orang seperti ini . Ingat , tidak perlu tukar nama jika seseorang itu masuk Islam dan hanya tukar jika nama tersebut mempunyai maksud yang tidak baik atau buruk .

    ReplyDelete
  5. inamoto_yoi :

    Benar, bukan wajib untuk menukar nama seseorang selagi namanya tiada maksud syirik atau makna yang buruk.

    Firman Allah Taala : Ayat 11 Surah Al-Hujerat yang bermaksud:

    “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim”.


    Juga telah menimbulkan berbagai persoalan apabila muallaf perlu meninggalkan nama asal mereka yang dibawa sejak lahir. Bagaimanapun saya enggan mengkritik polisi kerajaan dan budaya melayu.

    ReplyDelete
  6. Zaid bin Tsabit sahabat nabi Muhammad s.a.w juga kekalkan namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. pada zaman Nabi ramai orang kekalkan nama asal melainkan namanya ada maksud yang kurang elok.

      Delete
  7. Sedih sangat menyedihkan sesungguhnya menyedari Kenyataan yang tidak boleh Di nafikan, Contoh orang masuk Islam kekalkan nama Di pulaukan melayu, Di pulaukan cina, mana dia nak pergi? Manusia telah Di turunkan segalanya kecuali kesedaran diri. Kekalkan nama adalah menjaga sillaturahim keluarga Dan sebagainya. Secara manusia kebanyakannya telah mengkafirkannya Di Malaysia. Siapa lah kita selain ALLAH S.W.T yang memutuskannya? Islam bukan untuk melayu atau sesuatu bangsa sahaja tetapi untuk semua satu Dunia.

    ReplyDelete

Assalamualaikum wbt and welcome to my blog...
May contact me via 012-3979998 or email lifemualaf@gmail.com if you have any private message.

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...